Tips Rekabentuk Ruang Dapur Kecil

Bagi kediaman yang bersaiz kecil dan mempunyai ruang yang terhad, perancangan awal adalah penting bagi mendapatkan sebuah ruang dapur yang kemas, berfungsi dengan baik dan menarik. Disertakan disini beberapa tips ringkas yang boleh membantu para pemilik kediaman.

  1. Ruang penyimpanan Penyimpanan yang efisien adalah kunci dalam ruang dapur yang kecil. Gunakan rak dinding dan rak gantung untuk menyimpan peralatan agar tidak memenuhi ruang bekerja. Selain itu, manfaatkan ruang di bawah meja atau meja dapur dengan laci tambahan atau sistem penyimpanan yang boleh ditarik.
  1. Pilihan warna yang bersesuaian – Warna yang tepat dapat memberikan gambaran yang ruang dapur yang lebih luas dari saiz sebenar. Pilihlah warna cerah, terang atau neutral untuk dinding, lantai, dan perabot. Warna-warna ini memantulkan cahaya dan memberikan kesan ruang yang lebih luas.
  1. Pencahayaan yang baik – Pencahayaan yang baik dapat menciptakan ilusi ruang yang lebih besar dan membuat dapur terasa lebih terang. Bagi yang berpeluang, ubahsuai ruang dapur supaya dipenuhi cahaya matahari. Penggunaan lampu LED dibawah kabinet juga berkesan untuk memberikan efek yang diingini.
  1. Penggunaan cermin – Penggunaan cermin dapat memberikan kesan ruang yang lebih besar dan membantu memantulkan cahaya di seluruh ruang dapur. Anda dapat memasang cermin di dinding belakang countertop atau pintu lemari kaca untuk menciptakan efek visual yang menarik dan memperluas ruang.

Ruang dapur yang kecil jika direkabentuk dengan baik tetap boleh menjadi sebuah ruang yang kemas dan menarik. Untuk konsultasi percuma tanpa komitmen, sila hubungi perekabentuk berpengalaman kami di talian (09) 516-4476.

Iltizam Catalyst 2022 propels 21 SMEs to greater heights

3 Tips Sebelum Ubahsuai Ruang Dapur Anda!

Biskut Raya Pilihan Total Kitchen 2023

× Chat with us on Whatsapp