Merealisasikan Ruang Dapur
Impian Anda

Kisah kami bermula di sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Semambu sejak 1996

PELENGKAP KEDIAMAN ANDA

Cerita Kami

Perjalanan Total Kitchen bermula dengan sebuah bengkel perabot di Kawasan Perindustrian Semambu pada tahun 1996. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, ruang pameran syarikat telah dibuka di Jalan Telok Sisek, Kuantan pada tahun 1997. Ruang pameran tersebut sentiasa dikemaskini bagi memberi pengalaman yang unik dan berbeza kepada para pengunjung.

Total Kitchen ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan tahap professionalisma dan perkhidmatan pelanggan di dalam industri yang diceburi. Realitinya, pemilik kediaman hari ini lebih peka tentang keperluan mereka. Oleh itu, pihak kami berperanan sebagai “pembimbing” sepanjang proses konsultasi bagi meningkatkan pemahaman dan keselesaan pemilik kediaman.

Dengan pengalaman lebih suku abad, pasukan “Jurutera Rumah” kami yang berdedikasi bersedia menyediakan solusi ruang dapur yang disesuaikan untuk setiap gaya dan bajet. Dari “Siri Ekonomi” sehingga “Siri Elegan”, pihak kami menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi Merealisasikan Ruang Dapur Impian Anda.

Sertai kami dalam perjalanan ini.

Jom kita jadikan ruang dapur anda sebagai ruang utama keluarga di mana makanan dikongsi, cerita diceritakan dan kenangan tercipta.

Di Total Kitchen … kami membina hubungan.

Visi, Misi & Nilai Teras

Visi

Menjadi syarikat pembekal kabinet ruang dapur pilihan di dalam kawasan perdagangan kami khususnya kepada pemilik kediaman yang inginkan nilai keseluruhan yang tinggi.Total Kitchen menawarkan pengalaman keseluruhan yang memenuhi “hati kecil” pelanggan hasil tumpuan dan kepekaan yang diberikan kepada setiap detik interaksi penting.

Misi

Dikenali sebagai syarikat pengedar kabinet ruang dapur yang professional, efisien dan memberikan komitmen berterusan kepada pelanggan. Berusaha untuk memposisikan ruang dapur sebagai ruang interaksi utama bersesuaian dengan keperluan dan perubahan demografi keluarga masa kini.

Nilai Teras

  • Pesanan kerja disiapkan di dalam tempoh yang dijanjikan
  • Perhatian serta tindakan susulan di atas maklumbalas yang diterima
  • Komitmen berterusan dan jaminan komprehensif
  • Adil kepada pelanggan, warga kerja dan pembekal
  • Pengekalan disiplin dan persembahan kerja yang konsisten

Komitmen 6P Kami

Di mana keluarga berkumpul dan kenangan dibuat, dapur adalah jantung setiap rumah. Di Total Kitchen, kami komited untuk mengekalkan kabinet dapur anda dalam bentuk terbaik, kerana kami tahu berapa banyak kehidupan yang berlaku di dapur anda. 

× Chat with us on Whatsapp