4 Tips Untuk Dapatkan Ruang Dapur Yang Kemas & Menarik

Ruang dapur adalah diantara ruang terpenting sesebuah kediaman.  Selain daripada fungsi tradisi sebagai tempat menyimpan dan menyediakan makanan, ruang dapur turut dijadikan tempat ahli keluarga berkumpul setelah seharian sibuk dengan aktiviti masing-masing. Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk mendapatkan ruang dapur yang kemas dan menarik, berikut adalah empat perkara yang perlu diberi perhatian sewaktu proses rekabentuk.

  1. Pelan susunatur ruang (layout) – Bayangkan pergerakan anda di ruang dapur yang dicadangkan. Optimumkan jarak diantara ruang simpanan, menyediakan makanan, memasak dan mencuci perkakasan selepas digunakan.
  1. Pilihan bahan dan warna – Bahan dan warna pilihan akan memberikan efek yang berbeza kepada hasil akhir ruang dapur. Pemilihan permukaan kerja seperti quartz dan lain-lain dapat mempengaruhi penampilan ruang dapur disamping mempunyai ketahanan yang tinggi. Sementara itu, pilihan warna yang tertentu akan memberikan “mood” yang bersesuaian dengan personaliti anda.
  1. Peralatan kelengkapan elektrik Pastikan anda memilih peralatan kelengkapan elektrik yang sesuai dengan keperluan dan gaya kehidupan keluarga seperti hud, hob, oven dan lain-lain. Terdapat berbagai pilihan dan jenama untuk setiap bajet yang disediakan.
  1. Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan dapur memiliki sumber cahaya yang cukup, baik dari sinar matahari ataupun lampu. Pilihlah lampu yang menghasilkan pencahayaan yang nyaman. Pengunaan peralatan seperti hud atau “air vent” dapat membantu pengudaraan serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan ringkas di atas adalah sebahagian daripada proses rekabentuk ruang dapur. Bagi anda yang perlukan perkhidmatan rekabentuk ruang dapur, silalah berhubung dengan “designer” yang berpengalaman. Semoga ruang dapur yang kemas dan menarik impian anda menjadi kenyataan!

Screenshot 2023-08-23 at 12.29.31 PM

Iltizam Catalyst 2022 propels 21 SMEs to greater heights

Screenshot-2023-07-17-at-11.52.20-AM

3 Tips Sebelum Ubahsuai Ruang Dapur Anda!

Screenshot 2023-07-17 at 11.58.36 AM

Biskut Raya Pilihan Total Kitchen 2023

× Chat with us on Whatsapp