CERITA RUANG DAPUR

Rumah adalah aset yang penting bagi setiap keluarga. Ruang dapur pula adalah diantara ruang utama kediaman. Kediaman yang dilengkapi dengan ruang dapur yang kemas dan menarik mampu meningkatkan kualiti hidup sekeluarga.

Namun begitu, proses mendapatkan kabinet ruang dapur tidak selalu ditempuhi. Ianya memerlukan interaksi dengan perekabentuk yang berpengalaman. Oleh itu adalah penting untuk pemilik kediaman berurusan dengan syarikat yang professional dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

CERITA KAMI

Sejarah Total Kitchen bermula dengan sebuah bengkel kerja di Kawasan Perindustrian Semambu pada tahun 1996. Bagi memudahkan pelanggan, sebuah ruang pameran telah dibuka di Jalan Teluk Sisek, Kuantan pada tahun 1997. Ruang pameran tersebut telah melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi menawarkan pengalaman berbeza kepada para pengunjung.

Syarikat Total Kitchen ditubuhkan dengan hasrat untuk meningkatkan tahap professionalisma dan perkhidmatan pelanggan di dalam industri yang diceburi. Pihak kami juga ingin bersaing secara terbuka di dalam bidang yang dianggap bukan tradisi bagi bumiputra. Dari peringkat awal sehingga kini, banyak kesilapan telah kami lakukan yang akhirnya menjadi pengajaran berguna.

Falsafah perniagaan kami mungkin berbeza daripada syarikat lain. Realitinya, pemilik kediaman hari ini lebih peka tentang keperluan mereka. Oleh itu, kami berperanan sebagai pembimbing bagi menambah pemahaman pemilik kediaman berkenaan ruang dapur disamping meningkatkan keselesaan mereka berurusan dengan warga kerja syarikat.

Setinggi tinggi penghargaan kepada ribuan pemilik kediaman yang sentiasa berkongsi “Cerita Total Kitchen” kepada keluarga dan rakan masing-masing. Kami yakin usaha bersama diantara pihak kami dan para pemilik kediaman untuk meletakkan ruang dapur sebagai ruang interaksi keluarga yang utama mampu dicapai.

Di Total Kitchen, kami membina hubungan …
AHLI :
 
KAMI MEMBINA HUBUNGAN …

Hasil inspirasi kisah perkhidmatan pelanggan syarikat yang dianggap bertaraf dunia, Total Kitchen diilhamkan untuk mewujudkan kepuasan emosi yang tinggi kepada para pelanggannya.

Pendekatan professional dari peringkat konsultasi sehingga proses pemasangan memberi ketenteraman fikiran (peace of mind) kepada pemilik kediaman.

Akhir sekali, jaminan komprehensif, tawaran pemeriksaan percuma serta pembudayaan komitmen berterusan di atas setiap maklum balas tanpa mengambil kira tempoh pesanan disiapkan mencerminkan kesungguhan syarikat menjiwai slogan di atas.

Alamat

Total Kitchen Marketing Sdn. Bhd.
166 Jalan Teluk Sisek, 
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Email & Telefon

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Tel : (09) 516 4476 

Fax: (09) 531 6358